Posts

Kembali di sini....

ASSALAMMUAALAIKUM .... Alhamdullilah kini kami kembali,menjengah di sini mencari dan mengumpul tenaga dan ruang untuk bersama di ruangan yang sudah lama aku tinggalkan.Bukan kerana merajuk,patah hati atau apa jua masalah ,namun banyak sungguh ujian mu Ya Allah,kekangan masa, kerja ,komitmen lain dan jua masalah dunia yang tidak akan habis. Bila ujudnya banyak ruangan media sosial seperti whatapps,telegram, facebook,instagram dan apa jua media yang lain membuatkan blog makin kurang pelayarnya.Namun hati masih terpaut di blog,kerna diawalnya memang di sinilah aku mencari ruang untuk berbicara dan mencari maklumat serta memaparkan segala bentuk hal-hal masyarakat mengenai sosial,politik dan segala macam ragam  dunia hari ini. Namun blog yang lama telah aku tinggalkan,terlalu banyak kenangan pahit manis,biarlah ianya menjadi kenangan dan dilupakan segala yang berlaku.Kini aku mencari sedikit ruang dan masa untuk membina blog yang baru ini bagi memaparkan cerita,kisah dan kehidupan ka